Isu dadah memerlukan sokongan semua pihak bagi membendungnya.
Justeru itu, satu kunjungan hormat Pengarah AADK Negeri Kedah, Tuan Haji
Mohammad Nazer Bin Mustafa bersama-sama
Tuan Zaki Farkhi Bin Ahmad berkesempatan berjumpa dengan YAB Datuk Seri
Ahmad Bashah Bin Md Hanipah, Menteri Besar Kedah bagi membincangkan
beberapa isu terkini berkaitan dadah serta mempersembahkan tentang
Program Jelajah AADK Sempena Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016
yang akan dilangsungkan pada 15 Februari 2016 di Pusat Membeli Belah
AEON BIG Alor Setar.
Pertemuan yang cukup bermakna untuk bersama-sama
merancang pelan untuk membendung isu dadah yang membimbangkan
terutamanya kepada golongan muda yang merupakan pengerak di masa
hadapan. Datuk Seri juga telah menunjukkan kesungguhan bersama sama AADK
Kedah bagi membanteras dadah di masa hadapan.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan
No comments:
Post a Comment