SAYANGI
DIRIMU telah dipilih sebagai
tema sambutan Hari Antidadah Kebangsaan 2016. Tema ini ditetapkan kerana kerajaan
beriltizam untuk terus memberi peringatan kepada seluruh masyarakat bahawa
penyalahgunaan dadah memberi kesan yang sangat memudaratkan kepada bukan sahaja
penyalahguna, tetapi juga kepada keluarga dan negara.
Peringatan mengenai kesan dan bahaya penyalahgunaan dadah
perlu dilakukan setiap hari kepada seluruh remaja dan belia. Ini adalah kerana
ancaman dadah berubah mengikut peredaran zaman dan teknologi. Oleh itu, golongan
muda hendaklah sentiasa berwaspada dengan pengaruh dan anasir yang boleh menjurus
kepada perkara yang negatif.
Tema ini juga adalah sebagai a call to action kepada seluruh ibubapa dan ahli keluarga yang
mempunyai anak bermasalah dadah supaya dapat tampil mendapatkan perkhidmatan
rawatan dan pemulihan di Klinik Cure and
Care 1Malaysia, Cure and Care Service Centre, Caring Community House serta
Pusat Khidmat Klien yang telah diwujudkan oleh kerajaan di seluruh negara.
Sesungguhnya
ibubapa dan ahli keluarga mempunyai peranan yang sangat signifikan dalam memastikan
anak-anak dan orang tersayang yang telah terjebak dengan permasalahan dadah
untuk mendapatkan rawatan dan pemulihan. Sayangi mereka dengan memberi galakan
dan sokongan untuk terus mengikuti program rawatan dan pemulihan yang
disediakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan.
#sayangidirimu
#HADK2016
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment