Sila lihat video ini. Inilah kesan Flakka. Hingga menjadikan anda seorang ZOMBIE
Tahun lepas, jika anda mengikuti berita-berita semasa dunia, anda
pasti terbaca tentang dua atau tiga kes kes pembunuhan yang melibatkan
aktiviti kanibalistik – pembunuhnya merobek, mengoyak dan mengunyah
bahagian tubuh mangsa. Menariknya, pembunuhan ini dikaitkan dengan
pengambilan dadah ‘Flakka’.
FLAKKA, DESIGNER DRUG
Ya, bukan beg bimbit DS Vida, baju Rizalman. jubah Imam Muda, tudung
Neelofar saja mempunyai taraf ‘designer’. Sesetengah dadah juga
dikelaskan dalam kategori ‘designer drug’. Dadah jenis ini biasanya
adalah kumpulan dadah sintetik yang disintesis dalam makmal.
Kebanyakan kompaun ini agak berbeza dari kumpulan dadah yang sedia
ada diwartakan haram (illegal drug). Jadi, ia jarang dapat dikesan
melalui teknik pengesanan dadah yang biasa. Namun, ia menghasilkan kesan
stimulan atau psikoaktif yang mirip kompaun dadah yang telah diharamkan
tersebut.
α-pyrrolidinopentiophenone (α-PVP)
Flakka contohnya, adalah kompaun sintetik α-pyrrolidinopentiophenone
(α-PVP). Ia mirip atau dikatakan terbitan dari kompaun cathinone,
sejenis kompaun alkaloid yang didapati dari pokok khat (Catha edulis). Jika
anda masih ingat, suatu ketika dahulu para immigran dari timur tengah
dan afrika gemar mengunyah sejenis daun yang dipanngil daun Qot / khat
yang mengkhayalkan.
Flakka dijual dalam bentuk serbuk kristal seperti dadah kelompok
‘bath salt’ yang lain. Bath salt ini bukan jenis garam mandian yang
digunakan untuk mandi seperti garam Epsom, ia dipanggil sedemikian
kerana rupanya yang mirip garam mandian tersebut. Ia juga selalunya
dijual dalam bekas seperti garam mandian biasa untuk mengaburi mata
undang-undang. Kerana bentuknya juga, Flakka kadang-kala digelar dengan
nama ‘Gravel’.
BAGAIMANA FLAKKA BERTINDAK?
Tidak banyak yang diketahui tentang Flakka kerana ianya baru popular
dipasarkan sejak beberapa tahun lepas. Flakka dikatakan bertindak
sebagai perencat pengangkutan semula neurotransmitter
norepinephrine-dopamine ke dalam neuron. Pengambilan kompaun ini
menyebabkan halusinasi dan psikosis yang berpanjangan. Ia juga
dilaporkan mampu mencetuskan euphoria, paranoia dan delusi. Kebanyakan
penggunanya terlihat mempunyai kekuatan yang luar dari kebiasaan.
Walaupun terdapat beberapa kes pembunuhan kanibalistik yang dikaitkan
dengan penggunaan Flakka, sehingga ia terkenal sebagai ‘zombie drug’,
untuk mengatakan dadah ini mencetuskan fenomena zombie secara langsung
adalah tidak tepat.
Seperti yang telah dijelaskan di atas, pengambilan Flakka menyebabkan
penggunanya berhalusinasi, paranoid dan dalam keadaan delusi. Gabungan
kesan ini kadang-kala mencetuskan perlakuan ganas yang tidak masuk akal –
sama seperti penggunaan dadah berbahaya lain. Cuma kesan Flakka adalah
lebih cepat, sangat mendalam dan berpanjangan.
Flakka yang dibentuk seperti gula-gula gummies
Ada pengguna yang dilaporkan membuat perlakuan seksual dengan pokok
yang dilihat sebagai perempuan cantik. Ada pengguna Flakka yang
menyatakan beliau merasa sakit kepala dan ketakutan yang teramat sangat
dan curiga ada seseorang yang mahu membunuhnya. Dikatakan, dalam
kebanyakan kes yang dilaporkan, pengguna yang mengalami kesan Flakka ini
perlu diberikan sedatif dan memerlukan beberapa orang responder untuk
menenangkan mereka. Kalau tipikal orang Malaysia, seperti kerasukan jin
lah katanya!
Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada dadah Flakka ini telah
sampai ke tanah air kita atau belum. Namun, artikel ini ditulis bagi
menjawab tanggapan umum yang zombie apokalips akan menjelma dengan
kehadiran dadah ini.
Sorry brader… teruskan anganmu. Namun, cita-citamu untuk menjadi hero
seperti dalam Train to Busan atau Zombie Kampong Pisang itu masih agak
jauh lagi!
Sayang diri dan keluarga. Jauhi dadah!
Sumber: Root Of Science
RUJUKAN
Katselou, M., Papoutsis, I., Nikolaou, P. et al. Forensic Toxicol (2016) 34: 41. doi:10.1007/s11419-015-0298-1
Craig Crespi, “Flakka-Induced Prolonged Psychosis,” Case Reports in Psychiatry, vol. 2016, Article ID 3460849, 2016. doi:10.1155/2016/3460849
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment