Cocaine dianggap dadah jalanan kelas pertama kerana harganya
yang mahal dan menghasilkan akibat psikoaktif yang tinggi.Cocaine juga
dianggap sebagai dadah yang lebih glamour kerana sering dikaitkan
penggunaannya dengan selebriti-selebriti Hollywood. Ia juga digelar ‘the
caviar of street drug’.
Cocaine dan kompaun terbitan dari cocaine telah digunakan secara
meluas dalam perubatan untuk anaestetik contohnya lidocaine dan
novocaine.
BAGAIMANA COCAINE BERTINDAK?
Cocaine meningkatkan paras dopamine di bahagian otak yang mengawal
keseronokan. Kebiasaannya, neuron akan merembeskan dopamine sebagai
respon kepada sesuatu yang kita ‘suka’, contohnya bau makanan kegemaran
kita. Kita akan berasa suka dan puas.
Sepatutnya selepas beberapa waktu, paras dopamine akan kembali normal
apabila dopamine diangkut masuk kembali kesel-sel neuron tadi.
Cocaine menghalang dopamine diangkut kembali ke sel-sel neuron dan
menyebabkan paras dopamine yang tinggi lebih lama dari normal.
Kebanjiran dopamine di celahan persimpangan neuron-neuron di otak ini
akan menggagalkan fungsi normal otak dan menyebabkan keadaan ‘high’
seperti: perasaan kegembiraan yang melampau, hilang kesedaran pada
persekitaran, keresahan, sensitif pada cahaya, bunyi dan sentuhan.
Cocaine juga boleh mengakibatkan paranoia pada sesetengah pengguna.
Saiz anak mata (pupil) yang mengembang
Muntah
Menggigil dan otot yang bergerak-gerak spontan (muscle twitching)
Peningkatan suhu tubuh
Peningkatan tekanan darah dan degupan jantung
Tidak boleh duduk diam dan mempunyai tenaga yang luar dari kebiasaan
Bercakap tanpa henti, bercakap dengan penuh kegembiraan yang melampau
Tahukah anda?COCA, COCAINE DAN CRACK
Kompaun terbitan cocaine telah digunakan dalam perubatan sebagai agen anestetik setempat contohnya lidocaine, procaine.
Cocaine adalah alkaloid tropana dari pokok Erythroxylum coca
– sejenis tumbuhan tempatan di Amerika Selatan. Sebenarnya, alkaloid
cocaine pada daun coca adalah rendah, jadi mengunyah dan menjadikan daun
coca sebagai teh tidak akan membuatkan anda ‘high’ (walaupun kesan
setempat cocaine seperti kebas di bahagian mulut masih dapat dirasai).
Tahukah anda?
Sehingga tahun 1880an Coca cola dikatakan mengandungi ekstrak daun dan biji coca.
Cocaine seringkali dilihat dalam bentuk serbuk putih (cocaine
hydrochloride) yang boleh disedut menggunakan hidung atau dengan bantuan
gulungan kertas (snuff / snorting). Nama jalanan: coke, snow, flake
Cocaine juga kadangkala disapu kebahagian gusi dalam mulut untuk
mendapatkan kesan kebas serta merta (gummies). Ini akan menyebabkan gusi
dan gigi penagih ini mengalami kerosakan.
Kadang-kala, cocaine juga diambil secara oral dengan ‘membungkus’
serbuk cocaine dalam bungkusan kecil kertas dan ditelan (parachute, snow
ball).
Cocaine dalam bentuk seperti ini juga boleh dicampur dengan air dan diambil menggunakan jarum suntikan.
Cocaine juga diperoleh dalam bentuk bongkah-bongkah kristal yang dipanggil ‘crack’. Cocaine seperti ini biasanya adalah campuran cocaine- soda bikarbonat- air.
Cocaine dalam bentuk ini juga dikenal sebagai ‘freebase’ kerana ia
adalah cocaine yang bebas dari bentuk garamnya (serbuk cocaine adalah
berbentuk cocaine hydrochloride). Cocaine jenis ini dikatakan memberi
kesan yang lebih kuat dan menyebabkan ketagihan dalam masa yang singkat
berbanding serbuk cocaine.
Penyediaan crack adalah untuk membolehkan cocaine diambil secara
inhalasi – cocaine dipanaskan dan wap yang terbit disedut untuk
mendapatkan kesan ‘high’.
Penggunaan cocaine telah dikaitkan dengan sifat keganasan dan tidak
waras. Ia juga telah dibuktikan boleh mengakibatkan strok dan sawan
kerana kerosakan salur darah dan sel-sel otak akibat apoptosis.
Selain kesan-kesan buruk cocaine terhadap otak, pengambilan cocaine
melalui hidung dan secara oral mengakibatkan kerosakan pada organ-organ
yang berkaitan. Cocaine mengakibatkan pengecutan salur darah, sekaligus
mengakibatkan organ-organ kekurangan oksigen dan rosak. Pengguna cocaine
seringkali mengalami ulser dan kebocoran saluran gastrointestinal.
Cocaine juga mengakibatkan tekanan darah tinggi dan meningkatkan
degupan jantung. Ini akan mengakibatkan masalah kardiovaskular dalam
jangka waktu panjang. Kerosakan ginjal juga sering berlaku pada pengguna
tegar cocaine.
Walaupun penggunaan cocaine dikatakan sebagai afrodesiak yang akan
meningkatkan nafsu seksual, realitinya cocaine mengakibatkan hilang
fungsi seksual (unable to get it done).
Cocaine mengakibatkan kebergantungan dan ketagihan yang kuat.
Penggunaannya juga mudah untuk menyebabkan toleran (perlu peningkatan
dos pada pengambilan seterusnya untuk menghasilkan keadaan ‘high’ yang
sama) kerana mekanisma cocaine yang memfokus pada bahagian keseronokan.
Ibu bapa dan ahli keluarga juga perlu cakna dan sentiasa prihatin
dengan tingkah-laku pasangan, adik beradik dan anak-anak. Ramai yang
menyedarinya setelah terlambat.
Sayangi diri anda, jauhi dadah.
Bagaimana mahu membantu atau mahu dibantu?
RUJUKAN
Nicolas C, Tauber C, Lepelletier FX, Chalon S, Belujon P, Galineau L, Solinas M. Longitudinal Changes in Brain Metabolic Activity after Withdrawal from Escalation of Cocaine Self-Administration. Neuropsychopharmacology: official publication of the American College of Neuropsychopharmacology. 2017 Sep;42(10):1981.
Grimm JW, Hope BT, Wise RA, Shaham Y. Incubation of cocaine craving after withdrawal. Nature. 2001 Jul 12;412(6843):141.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment