SUNGAI PETANI, 17 OGOS 2016 : Unit Penguatkuasaan Dan Keselamatan
Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuala Muda hari ini menjalankan satu
serbuan di sebuah rumah sepasang suami isteri yang dijadikan port
penagih dadah aktif di Flat Paya Nahu 2, Sungai Petani.
Operasi
disertai seramai 4 orang anggota penguatkuasaan diketuai oleh Puan
Norzarenawati Binti Osman.
Hasil risikan
sejak baru baru ini mendapati rumah tersebut menjadi tumpuan penagih
dadah bagi mendapatkan bekalan dan melepaskan gian. Dalam serbuan hari
ini, seramai 10 orang penagih dadah syabu ditahan di rumah tersebut. Ketika serbuan itu dijalankan, mendapati mereka sedang asyik menagih dadah. Turut dijumpai
balang ais serta bungkusan lutsinar putih dipercayai bungkusan syabu
yang telah habis digunakan.
10 orang yang disyaki penagih yang ditahan itu terdiri daripada 5
orang lelaki Melayu dan 5 orang wanita Melayu berusia di antara 24
tahun hingga 45 tahun. Kesemua OKT dibawa ke Pejabat Agensi Antidadah
Kebangsaan Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut. Hasil ujian saringan
air kencing kesemua mereka positif dadah jenis Methamphetamine. Mereka
disabitkan kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah ( Rawatan
dan Pemulihan ) 1983.
AADK akan meneruskan operasi dari masa ke semasa
bagi menahan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah untuk dibantu.
AADK juga memerlukan kerjasama masyarakat untuk menyalurkan maklumat
agar masalah dadah dalam komuniti dapat dicegah daripada terus merebak
ke satu tahap yang lebih buruk.
Disediakan Oleh : Mohd Ezzry Bin Mustafa ( AADK Daerah Kuala Muda )
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment