SELAMA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd
Kadir memberi amaran akan memecat ketua kampung yang didapati gagal
menyelesaikan masalah dadah yang serius di kawasan mereka.
Katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana pembasmian dadah merupakan agenda penting kerajaan dalam memastikan negeri Perak bebas daripada masalah dadah.
Menurut beliau, dalam melaksanakan agenda pembasmian dadah, kerajaan telah melaksanakan pelbagai pendekatan termasuk menggunakan papan tanda yang dilengkapi maklumat.
Ia bagi membolehkan orang ramai menghubungi pihak berkuasa sekiranya mereka mempunyai maklumat tentang kegiatan penagihan dadah .
“(Mengenai) agenda pembasmian dadah ini, saya sudah sebut berkali-kali bahawa ia juga menjadi KPI kepada ketua-ketua kampung.
“Ketua-ketua kampung mesti memantau. Sekiranya saya dan juga kerajaan negeri mendapati kes-kes berlaku dengan serius di sesebuah kampung tetapi tidak dilaporkan, maka ketua kampung berkenaan akan dipecat,” ujarnya.
Zambry berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Pekerti dan Mini Karnival Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan sempena Program Permukiman Menteri Besar bagi kawasan Parlimen Larut di Dewan Permai Felda Ijok, Kubu Gajah pada Rabu.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada tindakan memecat ketua kampung
diambil dan beliau berharap ketua-ketua kampung ini sentiasa memberikan
kerjasama dan maklum balas yang baik berhubung kegiatan penagihan dadah
di kawasan mereka.
Sumber : Astro Awani
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment