ALOR
SETAR 31 Julai – Dadah yang mudah diperoleh dan aktiviti penagihan
dadah pula bebas dilakukan atas bot nelayan di laut yang luas.
Itu adalah dua faktor menyebabkan penagihan dalam kalangan nelayan di negara ini semakin berleluasa dan sukar dibanteras.
Perkara
itu diakui Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang turut mendedahkan
terdapat dalam kalangan pemilik bot atau peraih ikan bertindak sebagai
tokan yang membekal dadah kepada golongan nelayan tanpa mengenakan
apa-apa bayaran melainkan sebagai upah mereka.
Timbalan
Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Izhar Abu Talib berkata, dadah yang
suatu ketika dahulu dijadikan sebagai alat untuk merangsang tenaga dalam
kalangan nelayan kini sudah bertukar menjadi gejala penagihan yang
kritikal.
“Budaya penyalahgunaan dadah dalam
kalangan nelayan ini wujud disebabkan mereka percaya bahan terlarang itu
mampu memberi kekuatan dan tenaga tambahan untuk mereka bekerja dalam
satu tempoh yang panjang.
“Disebabkan
kepercayaan itu, ada pemilik bot atau peraih yang menawarkan dadah bagi
merangsang nelayan bekerja kuat untuk meningkatkan jumlah hasil
tangkapan.
“Situasi
di Kuala Kedah pula, ada tokan-tokan dadah yang akan menunggu di jeti
dua kali sehari untuk menjual dadah kepada nelayan. Ini bermakna, memang
mudah untuk nelayan mendapat dadah di darat mahupun di tengah laut,”
katanya di sini hari ini.
Sumber : Utusan Online 1 Ogos 2016
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment