Lembaga Kemajuan
Ikan Malaysia (LKIM) sedia memberikan apa sahaja bentuk kerjasama kepada
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
bagi membanteras gejala penagihan dadah dalam kalangan nelayan.
Pengerusinya, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim berkata, masalah berkenaan boleh disifatkan sebagai serius dan usaha mengatasinya akan menjadi keutamaan LKIM.
“Saya sudah nyatakan masalah ini sejak bulan
Januari lagi dan saya amat berharap agar PDRM serta AADK dapat
menyelesaikannya. Kami sedia beri kerjasama.
“Masalah dadah ini sangat serius dan saya akan
bangkitkannya dalam mesyuarat LKIM dan Persatuan Nelayan Kebangsaan
(Nekmat) dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi.
Mingguan Malaysia baru-baru ini menyiarkan pendedahan Pengerusi Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk
Mohd. Yunus Pathi mengenai gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan
nelayan di negara ini yang amat tinggi dan membimbangkan.
Mengulas lanjut, Irmohizam berkata, beliau
pernah mendengar cerita tentang penglibatan nelayan dengan najis dadah,
namun tidak mempunyai fakta yang cukup untuk membuat sebarang
pendedahan.
Justeru, beliau akan mengarahkan pegawai LKIM untuk turun padang melakukan pemantauan bagi mendapatkan maklumat dengan segera.
“Jika
pendedahan Pengasih itu benar, saya harap pihak-pihak berkaitan seperti
Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) dapat melakukan kempen
kesedaran di kawasan-kawasan nelayan. Segala bentuk tindakan perundangan
kepada nelayan yang didapati menyalahgunakan dadah, saya serahkan
kepada PDRM,” ujarnya.
Sumber : Utusan Online 6 Ogos 2016
Sumber : Utusan Online 6 Ogos 2016
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment