KUANTAN, 23 OGOS 2016 Agensi Antidadah kebangsaan (AADK) Daerah Kuantan
dengan kerjasama Kolej Yayasan Pahang Tanjung Lumpur telah menganjurkan
satu program Institusi pendidikan bebas Dadah - Tomorrows Leaders kepada pelajar dari Kolej berkenaan pada hari ini.
Program ini
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar di Kolej terbabit
tentang kesan bahaya penyalahgunaan dadah. Program ini diisi dengan
beberapa aktiviti antaranya perkongsian pengalaman
oleh seorang bekas penagih dadah, aktiviti latihan dalam
kumpulan, tayangan video dan lain-lain lagi.
Diharapkan dengan program
seperti ini akan membuka mata para peserta akan kesan buruk dan akibat
serta mampu menolak pengaruh negatif terutamanya penyalahgunaan dadah.
Hidup ini terlalu indah untuk disiakan
Ambil Kisah. Ambil Tindakan.
No comments:
Post a Comment